Selasa, 21 Februari 2012

Contoh Karangan Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,Selangor.
        Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu dikenali sebagai JIMMY SHOP SDN. BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM300.
        Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
         Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat  kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.
          Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

Isnin, 13 Februari 2012

Bahas Ala parlimen untuk Sek Men

Ini adalah,diambil dari Yutube ia sekadar intuk tatapa ilmiah pelajar-pelajar.Sekian

Ahad, 12 Februari 2012

Wau

Permainan wau terkenal di negeri pantai timur. teringat semasa kecil dulu saya pernah membuat sendiri wau.walaupun mula-mula membuatnya wau tidak mahu terbang tetapi. dengan membuat ubah suai akhirnya dapat diterbangkan juga.Di Kelantan pada suatu ketika dahulu permainan wau ini dimainkan pada hari selepas menuai padi. Masa itu, tidak kira tua, muda dan budak-budak akan turun kepadang untuk bermain wau. Macam pestalah pulak... Seronok....

Bulan Di Waktu Siang

" Bulan boleh nampak di siang hari ke?
Pernah orang tanya persoalan ini.

Hakikatnya inilah keajiban ciptaan Allah S.W.T. Saya pernah terbaca atikel di internet mengatakan kita boleh lihat bulan pada waktu siang.Cubalah buat pada carian google... saya pernah mencubanya.